Pendidikan dan kerjaya Ariffin_S.M_Omar

Ariffin bersekolah di St Xavier’s Institution. Kemudian sambung belajar di Universiti Sains Malaysia. Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Singapura dengan memperolehi ijazah sarjana (M.A.). Setelah mengajar di USM, beliau memasuki Universiti Kebangsaan Australia untuk memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) pada 1991.

Beliau menjadi pensyarah di USM (1974-2006) dan pensyarah tamu di Universiti Utah (1998). Sepanjang kerjayanya, beliau menjadi Pegawai Orientasi American Peace Corps (1979) di Melaka. Beliau turut menyumbang kepakaran beliau bagi menulis 'Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu', Dewan Bahasa dan Pustaka (1992-1996). Beliau turut menjadi Perunding Konsep Kajian Bangsa dan Umma-Perbandingan di SEA, Tokyo, Mei 2007.Di UUM, beliau mengajarkan subjek Hubungan Antarabangsa bagi Ijazah Sarjana Sains (Pengajian Strategik).

Beliau adalah seorang pakar dalam Sejarah Melayu dan telah memberi syarahan di USM dan Universiti Utara Malaysia sebelum ke Universiti Pertahanan Malaysia. Buku 'Bangsa Melayu' (1991) diterbitkan oleh Oxford University Press.

Karya beliau 'Bangsa Melayu: Malay Concepts of Democracy and Community 1945 – 1950' diterbitkan oleh Oxford University Press, 1993. Buku 'Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu: Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur pada Tahun 1946' (2001, USM Press) memaparkan kajian tentang kejatuhan pemerintahan diraja di Sumatera Timur pada 1946. Buku 'Bumiputra Policies: Dynamics and Dilemmas' (2004, Kajian Malaysia) mengenai masalah negara yang berlaku akibat kerajaan mengenepikan keadilan sosial di Malaysia.

Dr Ariffin yang juga seorang Fulbright Fellow di University of Utah, Amerika Syarikat, kini sedang menulis buku mengenai hubungan antara kaum dan kebebasan beragama di Malaysia.